Kasih Bersimpul Mati

by AULIA IMAN

Karystos Creative Sdn. Bhd.

RM 15.84

“LISA? Siapa Lisa? Tolong jangan nak menggedik di sini ya..." Khalisa mengherdik kasar dan mengugut, "Saya tak kenal awak! Baik awak keluar sebelum saya menjerit!" Adlan Zakuan terdiam, terlupa bahawa Lisa ini bukan Khalisa Khairani yang dia kenal dulu. Dialah yang menjadi punca kemalangan tempoh hari sehingga menyebabkan Lisa hilang ingatan dan berubah tingkah laku. “Lisa, ni abang... ingat tak?" Adlan masih mahu mencuba. Mana tahu Lisa dapat mengingati kembali siapa dirinya. “Abang? Hello... jangan nak perasan! Lelaki macam ni abang saya? Muka jahat... ada janggut lagi... macam ni mengaku abang saya? Perasan!" Khalisa mempersoalkan dalam sinis, “Dah... sekarang keluar! Keluar! Saya tak kenal! Tak kenal!” Tinggi nada suara Lisa kedengaran hingga ke luar bilik. KONFLIK ingatan – mungkin boleh dibuat-buat demi mempertahankan maruah diri. Tetapi bagi Khalisa Khairani, cinta mendahului perasaan yang dibuat-buat dan cinta mengatasi ingatan yang direka-reka. Oleh kerana itu, walaupun Khalisa Khairani menafikan perasaannya terhadap Adlan Zakuan, namun cintanya tidak dapat disembunyikan. Sehinggalah kekangan dan halangan dari tiga penjuru membuatkan Khalisa Khairani lemah untuk menghadapinya. Dalam keadaan begitu, seseorang hadir menjadi hero yang dapat menyelamatkan Khalisa Khairani – siapakah dia? Adakah Encik Darwish? Atau Encik Fikri? Atau Encik Adlan sendiri? “Merasai cinta biarlah dalam keadaan bersedia, bukan dalam keadaan kesepian.”

Beli e-Buku Sekarang