Mertua Aku Shogun Tokugawa

by Monalita Mansor

Karystos Creative Sdn. Bhd.

RM 13.20

Blurb Dia licik. Dia tangkas. Picingan matanya tajam. Libasan katananya bisa, tidak membunuh tetapi melukakan. Kesannya mengazabkan banyak hati. Hidup itu roda. Saat pusingnya ke bawah, melibas katana pun dia tak mampu. Dia Shogun Tokugawa, aku ibarat Ninja. Dan kami bertarung dalam senyuman! ~ AIZAT ~ Kami ini binatangkah? Tak ada hak untuk berkasih sayang? Sedang anjing pun boleh bela anak kucing walaupun rupa tak sama. Apa hebat sangatkah kita ni sebagai manusia? ~ NAYLA dan AIZAT ~ Apa yang tak patutnya, bang? Dah banyak kali saya beritahu. Saya tak suka! Saya tak suka. Eh…taaakkk. Yang itu juga dipilihnya. Punyalah ramai manusia dalam dunia ni. Dah tertutup mata dia tu, agaknya? ~ MAK ~ Jangan budak tu nanti salahkan awak, berdendam dengan awak, sudah. Dia tu banyak mengikut kelakuan awak. Degil, keras kepala, susah nak terima pendapat orang! ~ AYAH ~

Beli e-Buku Sekarang