Diva vs Superstar

by Intan Nurafarahin

Tunas Super

RM 4.40

Adlina dan Damia sering tidak sefahaman sejak mula hari pertama perkenalan mereka. Ada sahaja yang tidak kena pada mata masing-masing. Lebih-lebih lagi Damia, yang memang suka mengganggu hidup Adlina. Dia bagaikan tidak senang duduk selagi tidak membuat kacau terhadap Adlina dan rakan-rakannya. Damia mencabar Adlina menyertai pertandingan Ria Superstar. Pada mulanya Adlina tidak mahu melayan karenah Damia. Namun, disebabkan sikap Damia yang tidak sudah-sudah membuat provokasi terhadap dirinya, Adlina akhirnya menyahut cabaran Damia. Ketika pertandingan, Damia cuba melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Adlina. Namun, niat jahatnya itu tidak kesampaian.

Beli e-Buku Sekarang