Kembara Tetamu Allah

by Ezee Rahmani

PTS Millennia Sdn Bhd

RM 9.59

Kembara Tetamu Allah adalah catatan menuju percutian abadi yang sering dinanti oleh setiap umat Islam. Catatan ini bukan sahaja menceritakan pengaIaman dan perkongsian perasaan sepanjang menunaikan Rukun Islam kelima ini, namun diselitkan kisah-kisah sejarah di setiap tempat yang diziarahi buat tauladan umat Islam semua. Menunaikan haji dalam keadaan fizikal yang kurang sihat menjadi penguat semangat dan detik-detik manis yang kekal dirasai penulis sehingga kini.Allah membentangkan hamparan yang cukup luas lagi indah bagi menyambut kedatangan para tetamunya ke Tanah Suci sehingga perasaan malu tebal dirasi tatkala berada di halaman rumah-Nya.Pengalaman menunaikan fardu haji tidak pernah luput daripada ingatan mereka yang sudah melaksanakan ibadat itu. Aroma haji nyata luar biasa. Ia suatu detik dalam kehidupan manusia yang pastinya menjadi ingatan seumur hidup. Ingatan ini tentunya bersebab. Mengapa Allah mewajibkannya sekali seumur hidup? Malah mengapa pula ia menjadi Rukun Islam yang kelima?

Beli e-Buku Sekarang