Buat Duit dengan YouTube

by Zamri Mohamad

PTS Professional Publishing Sdn Bhd

RM 8.80

Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya. Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula. Memuat naik video jualan ke laman Youtube tidaklah sesukar yang disangka. Mudah dan pantas. Namun, cabarannya adalah memastikan video jualan itu benar-benar berkesan, tepat pada sasaran, dan mencapai misi utama. Melalui buku ini, kita akan didedahkan dengan: Persediaan untuk merancang dan merakam video jualan. Ciri-ciri video yang paling berkesan untuk promosi. Kaedah penyuntingan video jualan. Cara teknikal menaikkan video ke dalam Youtube. Strategi meningkatkan penonton video jualan. Oleh itu, usahawan, penyedia servis, penulis blog, malah sesiapa saja yang berminat untuk buat duit dengan Youtube, wajib membaca buku ini.

Beli e-Buku Sekarang