Kita Kahwin Koboi?

by Mia Kiff

Open Bridge Publication sdn. Bhd

RM 9.00

Harga asal: RM22.90 “Aku akan lakukan apa saja untuk memiliki kau, Aufa. Apa saja. Kau tunggulah, aku akan buat kau melutut di kaki aku, merayu supaya aku kahwin dengan kau! Aku dah cuba macam-macam cara nak pikat hati kau, tapi sikit pun kau tak nampak keikhlasan aku. Baik, tak dapat dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!”-Wan KatekAufa Dhiya tidak pernah menyangka ugutan Wan Katek menyebabkan dia terperangkap. Malangnya bukan dia terpaksa berkahwin dengan Wan Katek, tetapi dengan seorang mat komando! Bukan sahaja bermisai lentik seperti pelepah kelapa, malah berjambang seperti bigfoot.Selepas akad nikah, barulah Aufa Dhiya menyedari suaminya itu bukanlah mat komando sesat, tetapi seorang pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah artis paling popular. Itulah akibatnya mahu berkahwin terburu-buru, sampaikan bakal suami pun kenal melulu. Kahwin koboilah katakan. Siapa yang tidak kenal Qimie Ridzuan? Pelakon tampan yang menjadi dambaan setiap golongan!

Beli e-Buku Sekarang