Magnet Diri: Cipta Pengaruh Luar Biasa dan Berjaya (Edisi kemaskini)

by Amin Idris

PTS Millennia Sdn Bhd

RM 11.35

Magnet Diri: Cipta Diri Lebih Berpengaruh dan Berjaya adalah nukilan khusus Amin Idris untuk semua lapisan masyarakat. Buku ini begitu relevan dalam meningkatkan kualiti diri khususnya dalam hidup bermasyarakat. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Analogi, Energi & Sinergi. Apakah mereka? Apa yang dikongsikan dalam buku ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Malah falsafah, petua, dan tip yang dikongsikan adalah sesuatu yang fitrah dan diketahui umum, tetapi ia semakin dilupakan. Buku ini mempersembahkan fitrah itu dengan pendekatan baru, segar, dan disusun semula secara sistematik bagi memudahkan pembaca mengikuti seterusnya mempraktikkan ilmu dalam buku ini.

Beli e-Buku Sekarang