KAWAL

by Rez Khael

Buku Fixi

RM 11.35

Sinopsis: Selepas kejadian Dato' Bakri cedera ditembak, pengawal peribadinya, Mikail jadi makin gelisah. Sudahlah kedai-kedai emas milik Dato' Bakri menjadi sasaran perompak, salah seorang rakan perniagaannya pula mati ditembak di tempat awam. Fikirnya ada seseorang yang mahu balas dendam pada Dato' Bakri. Sasaran seterusnya mungkin Lufya, anak tunggal Dato' Bakri yang cantik dan lincah itu. Gadis itu harus dilindungi dengan apa cara sekalipun. Si pembunuh upahan, Luth telah ditawarkan sejumlah wang untuk menembak mati Dato' Affandi, seorang usahawan terkemuka. Siapa yang mengupahnya, dia pun tak tahu. Boleh jadi Ikmal Hafiz, anak Dato' Affandi yang dipecat dari syarikat ayahnya sendiri kerana pecah amanah. Dia tak peduli semua itu, yang penting hasil kerjanya dibayar setimpal. Tugasan seterusnya adalah menculik anak gadis Dato' Bakri. Arahannya culik, tapi jangan bunuh. Bukan susah sangat kan?

Beli e-Buku Sekarang