Busana Nana

by Saidatul Saffaa

Jemari Seni Sdn. Bhd.

RM 10.56

Lubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini. Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-menget waktu di sekolah dulu. Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju. Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Mak Datin yang diberikan oleh Huda, kawan baiknya. Huda pernah mengusiknya dengan Si AMD itu, namun jawapannya... “Tak nak aku orang kaya. Nanti aku jugak yang susah.” “Lorh... apa yang susah? Cuci kaki je. Semua benda dah siap.” “Bukan masalah tu.” “Dah tu?” “Anak orang kaya ni, cara hidup dia orang pelik.” Dari situ juga Nana mencantum cebis-cebis impian bersama insan tersayang. Berjayakah dia menggapai impian saat diri teruji hingga dia rebah? Ketika itu dia sedar, kebergantungan hidup itu hanya layak untuk Allah. Bukan pada manusia.

Beli Sekarang