RAHSIA

by Faizal Sulaiman

Buku Fixi

RM 11.35

Arif berhempas pulas mencari jalan penyelesaian untuk datuknya Sumardi yang sudah berbulan terlantar sakit. Menurut pakar perubatan, Sumardi sepatutnya sudah lama meninggal dunia. Dengan bantuan Faz, teman wanita Arif, dia diperkenalkan dengan Melissa, seorang gadis yang mempunyai deria keenam. Mereka menyelami sejarah hitam keluarga Arif dan menemukan kisah cinta antara Sumardi dengan seri panggung bernama Dewi Anindyawati Alang Syukor, seorang penari Inang Renek yang datang ke Pekan Sungai Besar kira-kira 70 tahun lampau. Rahsia mistik terbongkar satu persatu. Siapakah yang akan tergoda untuk menuntut bela? Dan siapa pula yang akan menjadi mangsa?

Beli e-Buku Sekarang