99 Stress Free Mummy

by Zatika Izati Puade

Must Read Sdn. Bhd.

RM 9.50

Resume seseorang yang bergelar ibu, jika dizahirkan di atas kertas, pasti panjang berjela. Bertugas tanpa mengira masa, si ibu juga tiang seri sesebuah keluarga. Seribu satu kerenah dan ragam anak-anak yang sedang membesar pastinya mengundang stres jika tidak diurus dengan betul. Bukan mudah sebenarnya mendapat gelaran syurga di bawah tapak kaki seorang ibu. Buku ini mengumpulkan 99 kisah ibu dan anak yang ditulis secara santai. Segala insiden mencuit hati antara penulis dan anak-anak beliau dihimpun dan ditampilkan sebagai anekdot. Bagi penulis, segala yang terbit dari bibir seorang anak kecil itu jujur, tidak berselindung demi menjaga hati, bahkan ada ketika tersentap dibuatnya. “Life is worth living as long as there's a laugh in it.” - L. M. Montgomery

Beli e-Buku Sekarang