Puisi Tepi Jalan

by Fynn Jamal

Rabak Lit

RM 8.71

banyak benda susah sebenarnya dalam hidup aku. banyak nak mampos. benda yang orang fikir dalam drama2 bangang di kaca tv. apa aku tak pernah rasa? kalau aku adalah tulisan aku, sebuah buku takkan adil mendefinasi aku. aku perlu dijilidkan -- kerana hidup aku berlapis2 fasanya. kerana aku manusia. dan aku masih berdegil untuk tidak lagi belajar darinya. selagi aku belum mati, penjilidan seorang aku tetap berterus tak mau berhenti. puisi adalah eskapisme aku. dunia di mana aku boleh berlari dan bercerita tanpa perlu menumpahkan semua di dada. frasa2 tergantung menyelamatkan maruah aku dari terus lalai menceritakan semua. kita semua ada rahsia. dan puisi adalah peti besi aku. *diam* tapi aku sekadar pencerita. dan semua yang mendengar, semua mahu mencari kisah mereka dalam cerita aku. maka cari.

Beli e-Buku Sekarang